Sejarah Sekolah


Penubuhan Sekolah Menengah Chung Hua masa kini adalah berasaskan 4 buah sekolah, iaitu Sekolah Hua Chiao,Chung Hua, Ping Min dan Sin Ming.

Menjelang hujung tahun 1941, serangan tentera Jepun ke atas daerah Kuala Pilah menyebabkan penutupan empat buah sekolah tersebut.

Dalam peristiwa pendudukan Jepun, pihak-pihak terlibat mencapai persefahaman dan semangat perpaduan dianggap penting untuk dipupuk melalui pendidikan.

Justeru, mereka bersetuju menggabungkan keempat-empat buah sekolah terlibat dan menamakannya sebagai
Sekolah Chung Hua

12 September 1945
Sekolah Chung Hua mula beroperasi.
Guru Besar pertama yang dilantik ialah En. Pok Yu Foo.

1946
Guru Besar yang pertama, En. Pok Yu Foo meletak jawatan. Encik Lu Ching Chow mengambil alih jawatan ini.

1948
Kelas menengah rendah dimulakan

1949
Membina 4 buah bilik darjah dan sebuah padang sukan.
Membina dua buah asrama guru

1955
Encik Tan Chin Siong dilantik sebagai pengerusi lembaga pengelola sekolah

1957
Encik Lee Geok Thye menggantikan Encik Tan. Dalam tahun yang sama, sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 8 buah bilik darjah telah dibina.

1958
Sebuah perpustakaan dibina.

1959
Sebuah dewan besar dan sebuah gelanggang bola keranjang dibina.

1963
Sekolah Chung Hua menjadi sebuah sekolah bantuan modal. Pentadbiran sekolah terbahagi kepada bahagian sekolah menengah dan sekolah rendah secara formal,Encik Goh Tze Chong dilantik menjadi pengetua pertama bagi sekolah menengah.

1965
Mengadakan kelas menengah atas, sekolah ini mula beroperasi sebagai sebuah sekolah menengah yang sempurna.

1966
Blok B yang mengandungi 2 buah makmal, sebuah bengkel kemahiran hidup dan 4 buah bilik darjah dibina.

1967
Encik Ho See Onn diberi jawatan sebagai pengetua sekolah.

1972
Pintu besar bercorak Tiong Hua dibina.

1975
Kerajaan mengambil alih sebidang tanah yang bersebelahan dengan kawasan sekolah untuk tujuan pembangunan sekolah.

1979
Encik Ho See Onn yang berperanan sebagai pengetua sekolah ditukar ke sekolah lain, Encik Pang Choon Yin dilantik sebagai pemangku pengetua

2003
Dewan Tee Soon Chee siap dibina dan mula digunakan pada 1 Jan 2003


Sejarah PSS
Penubuhan PSS
Pusat Sumber Sekolah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1992. Sejak dari tarikh ini PSS telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga kerjanya. Antara penyelaras PSS yang bertanggungjawab ialah Cik Looi Mun Phong yang telah lama memegang jawatan tersebut dari tahun 1992 sehingga 2006.

Pencapaian PSS

1997 - 2008 : Memperoleh gred A dalam penggredan PSS
No posts.
No posts.